Sesungguhnya handphone sangat berguna dalam kehidupan :)
Sunday 30 June 2013
BEBAS - SAMSUNG GALAXY S4
Hi semua. Hari ini tajuknya ialah bebas. Jadi hari ini kita borak pasal handphone. Apakah handphone kegemaran anda ? Ermm bagi aku handphone favourite aku setakat ini ialah Samsung Galaxy S4. Samsung Galaxy S4 ada 2 warna iaitu warna putih dan kalau tak silap warna hitam. Alhamdulillah dah beberapa bulan juga aku guna hanphone ini tapi aku tak pernah rasa bosan menggunakannya macam phone lain. Harga basic atau standard phone ini ialah bawah rm2500. Jikalau anda sudah terbeli phone ini dengan harga rm2500 keatas maka anda sudah ditipu. Semua sedia maklum bahawa syarikat Samsung setiap tahun mengeluarkan produk handphone baru. Okay apa yang hanya aku boleh cakap ialah ternyata handphone Samsung Galaxy S4 adalah produk terbaik Samsung setakat ini dan ternyata berbaloi kalau hendak dibeli. Okay semua next week dalam tajuk bebas kita bincang pasal filem. Kalau nak tahu filem apa kena tunggu minggu depan. Macam biasa ini sedikit kepingan gambar Samsung Galaxy S4
Saturday 29 June 2013
BOLASEPAK - FC BARCELONA
Salam semua. Hari ini kita nak cerita pasal bolasepak sikit. Seperti sedia maklum bahawa bolasepak ialah sukan paling ramai orang suka dan minat. Jadi hari ini kita bercerita pasal kelab bolasepak. Antara kelab bolasepak yang aku minati ialah FC Barcelona. Aku minat FC Barcelona kerana corak dan gaya permainan yang menarik. Hantaran bola dengan tepat dan kawalan bola melebihi 70% possesion. FC Barcelona ternyata hebat apabila telah memenangi banyak kejuaraan. Sebagai peminat tegar bolasepak, kalau tak tahu pasal FC Barcelona boleh dianggap tidak hebat pengetahuan bolasepak. Kalau sesiapa yang tak tahu pasal kelab ini begini ceritanya. FC Barcelona ialah kelab bolasepak yang berasal dari negara eropah Sepanyol. Kelab bolasepak ini banyak melahirkan produk bermutu tinggi yang sekarang digelar bintang bolasepak dan legenda bolasepak. Nama stadium FC Barcelona ialah Nou Camp. Nama nickname kelab bolasepak ini ialah The Catalans. Okaylah sampai disini saja info serba sedikit pasal kelab bolasepak ini. Minggu depan kita cerita pulak pasal kelab bolasepak yang berasal dari London, United Kingdom. Sebelum berpisah ini ada beberapa gambar FC Barcelona
Bagi peminat FC Barcelona, salam viva barcelona !
Friday 28 June 2013
ISLAMIK - ISYRAK&MIKRAJ
Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini ? semoga sihat. Seperti sedia maklum bahawa beberapa minggu lepas kita baru sahaja menyambut Isyrak & Mikraj. Tapi ramai yang tak tahu apa itu sebenarnya Isyrak & Mikraj cuma tahu cuti sahaja. Begini ceritanya, Isyrak & Mikraj disambut pada hari 12 rejab setiap tahun. Peristiwa ini ialah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Baitulmaqdis dan kemudian pulang semula ke Makkah dengan hanya mengambil masa 3/4 malam. Bila tiba di Baitulmaqdis, hati baginda dicuci bagi menghapuskan segala kekotoran. Kemudian baginda diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Semasa perjalanan untuk bertemu dengan Allah S.W.T beberapa peristiwa telah berlaku dimana baginda bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku tetapi sayangnya saya cuma tak pandai nak menghuraikan satu persatu. Jadi sebagai umat islam kita hendaklah percaya dengan peristiwa ini. Peristiwa ini juga tercatat didalam al-quran. Peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Insyaallah sempena bulan ramadhan yang hampir tiba, minggu depan kita bercerita pasal rukun islam dan iman. Sebelum mengundur diri, bagi sesiapa yang tak pernah melihat gambar masjidil haram dan masjidil aqsa ini beberapa gambar
Assalamualaikum semua. Insyaallah kita berjumpa lagi dan semoga kita dipanjangkan umur untuk membuat kebaikan amin
Thursday 27 June 2013
KERETA - MERCEDES BENZ C200 CGI
Hi semua. Apa cerita ? Okay hari ini kita cerita sikit pasal kereta. Bila sebut pasal kereta kebanyakkan mak atau ayah kita mempunyai kereta. Jadi hari ini kita cerita pasal kereta mercedes benz c200 cgi. Kereta ini ada dua jenis iaitu avantgarde dan elegance. Kereta ini mempunyai engin turbo dimana baru tekan minyak sikit dah terasa laju. Bila sebut pasal mercedes, sudah semesti ia tergolong dalam kereta mewah. Harga kereta ini ialah sekitar rm260 - rm270 ribu. Kereta ini ada bermacam warna. Aku dah lama minat kereta mercedes tapi apakan daya belum mampu memiliki. Insyaallah bila dah dapat income lebih sikit boleh lah beli kot. Kereta ini dilengkapi dengan pelbagai jenis warna. Warna paling famous dengan cerita putih dan hitam. Okay next week kita bercerita tentang kereta chevrolet. Kalau nak tahu kena tunggu next week. Ini beberapa gambar yang sempat diambil di internet.
\
Ingatlah berhati-hati di jalan raya....
Wednesday 26 June 2013
NEGARA - UNITED KINGDOM
Hi semua. macam mana anda hari ini ? sihat. Okay hari ini nak cerita sikit tentang info menarik tentang negara United Kingdom. United Kingdom cuma nama ringkasan. Nama penuh negara ini ialah United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Disebabkan nama panjang sangat, diringkaskan menjadi United Kingdom. United Kingdom ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. United Kingdom ialah sebuah negara kepulauan yang mengandungi buah jajahan iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. United Kingdom ialah sebuah negara maju iaitu negara keenam ekonomi terbesar di dunia. Ibu kota nagara United Kingdom ialah Bandaraya serba modern Greater London. Bahasa rasminya ialah bahasa inggeris. Sistem Politik United Kingdom ialah raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ketua Negara ialah Ratu manakala Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri. Matawang United Kingdom ialah Pound Sterling. Untuk pengetahuan semua United Kingdom dikatakan ialah negara pertama yang melalui proses revolusi perindustrian dan dengan itu menjadikan mereka sebagai kuasa besar didunia. Okay semua, next week kita borak pasal negara paling famous pada abad ini. nak tahu negara mana. tunggu next week. Sebelum berpisah ini beberapa gambar bendera dan peta negara United Kingdom
Bagi sesiapa yang baca blog ini, doakan kejayaan saya yang tengah buat A-level dan nak belajar sangat ke United Kingdom. Insyaallah harap anda doakan
Tuesday 25 June 2013
MUZIK - GREEN DAY
Hello semua. Hari ini nak borak sikit pasal muzik. Okay semua orang ada lagu genre dan artis kegemaran sendiri. Ini cerita sikit pasal Band favourite aku. Band ini berasal dari California, USA. Nama Band Green Day. Yup folks ! Green Day terdiri dari 3 orang lelaki yang sangat meminati muzik punk. Green Day benyak memainkan lagu Pop Punk. Green Day dah ditubuhkan pada tahun 1988 tetapi pada zaman lewat 90an nama Green Day baru meletup. Antara Lagu yang hits dikalangan peminat ialah american idiot, 21 guns, wake me up when september ends. Green Day telah menangi banyak award. Ketika ditemubual, ahli anggota Green Day memberitahu bahawa sumber inspirasi mereka ialah band-band seperti The Ramones, Sex Pistols, The Clash dan band-band Punk yang lain. Apa yang aku minat pasal Green Day ialah lirik lagu dan muzik yang sangat cool dan kebanyak lagu boleh direlatekan dengan diri aku. Antara lagu favourite aku ialah Basket Case. Okay semua next week kita borak pasal Band yang berasal dari England yang aku suka. Ini sedikit beberapa gambar dari Green Day
Melodi yang indah dan best hanya difahami oleh pengemarnya :) jiwa rock
Monday 24 June 2013
SUPERHERO - SUPERMAN
Siapa yang tak pernah dengar langsung pasal Superman ? Menipulah kan kalau tak pernah dengar langsung mengenai Superman. Hihi. Ok untuk hari ni kita bercerita pasal Superman. Superman ialah Superhero pertama di dunia. Superman diperkenalkan pada tahun 1938 di USA. Lambang S didada beliau adalah simbol ketiga paling famous didunia. Superman juga merupakan Superhero pujaan aku sejak kecil lagi. Okay mengenai Superman, dialah alien yang merupai manusia. Prinsip hidupnya kebenaran dan keadilan. Nama nickname terkenal beliau ialah 'supes' , 'big blue' , 'boy scout' , 'man of steel' dan macam-macam lagi. Pada zaman modern ini Superman masih lagi mempunyai ramai peminat tetapi dia tidaklah sefamous pada zaman kemuncak beliau iaitu tahun 40an,50an dan 60an. Sekarang Superman telah jatuh ditangga ke 2 dibelakang satu lagi Superhero. Nak tahu siapa Superhero tu, hihi tunggu next week lah ye. Pada baru-baru ini Superhero ini telah menyambut anniversarynya yang ke 75. fuyoo dah tua dah. Antara kuasa yang dimiliki Superman ialah kelebihan boleh terbang, kekuatan yang tiada tandingan, mata laser heat vision dan macam-macam lagi kuasa yang sangat cool. Okay ini beberapa gambar Superman yang sempat diambil di internet :) Peubahan wajah dan pakaian berubah mengikut zaman
Okay semua. Assalamualaikum :D
Subscribe to:
Posts (Atom)