Wednesday 26 June 2013

NEGARA - UNITED KINGDOM

Hi semua. macam mana anda hari ini ? sihat. Okay hari ini nak cerita sikit tentang info menarik tentang negara United Kingdom. United Kingdom cuma nama ringkasan. Nama penuh negara ini ialah United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Disebabkan nama panjang sangat, diringkaskan menjadi United Kingdom. United Kingdom ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. United Kingdom ialah sebuah negara kepulauan yang mengandungi buah jajahan iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. United Kingdom ialah sebuah negara maju iaitu negara keenam ekonomi terbesar di dunia. Ibu kota nagara United Kingdom ialah Bandaraya serba modern Greater London. Bahasa rasminya ialah bahasa inggeris. Sistem Politik United Kingdom ialah raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ketua Negara ialah Ratu manakala Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri. Matawang United Kingdom ialah Pound Sterling. Untuk pengetahuan semua United Kingdom dikatakan ialah negara pertama yang melalui proses revolusi perindustrian dan dengan itu menjadikan mereka sebagai kuasa besar didunia. Okay semua, next week kita borak pasal negara paling famous pada abad ini. nak tahu negara mana. tunggu next week. Sebelum berpisah ini beberapa gambar bendera dan peta negara United Kingdom
 
 
 
 
 
 

Bagi sesiapa yang baca blog ini, doakan kejayaan saya yang tengah buat A-level dan nak belajar sangat ke United Kingdom. Insyaallah harap anda doakan





No comments:

Post a Comment