Saturday 29 June 2013

BOLASEPAK - FC BARCELONA

Salam semua. Hari ini kita nak cerita pasal bolasepak sikit. Seperti sedia maklum bahawa bolasepak ialah sukan paling ramai orang suka dan minat. Jadi hari ini kita bercerita pasal kelab bolasepak. Antara kelab bolasepak yang aku minati ialah FC Barcelona. Aku minat FC Barcelona kerana corak dan gaya permainan yang menarik. Hantaran bola dengan tepat dan kawalan bola melebihi 70% possesion. FC Barcelona ternyata hebat apabila telah memenangi banyak kejuaraan. Sebagai peminat tegar bolasepak, kalau tak tahu pasal FC Barcelona boleh dianggap tidak hebat pengetahuan bolasepak. Kalau sesiapa yang tak tahu pasal kelab ini begini ceritanya. FC Barcelona ialah kelab bolasepak yang berasal dari negara eropah Sepanyol. Kelab bolasepak ini banyak melahirkan produk bermutu tinggi yang sekarang digelar bintang bolasepak dan legenda bolasepak. Nama stadium FC Barcelona ialah Nou Camp. Nama nickname kelab bolasepak ini ialah The Catalans. Okaylah sampai disini saja info serba sedikit pasal kelab bolasepak ini. Minggu depan kita cerita pulak pasal kelab bolasepak yang berasal dari London, United Kingdom. Sebelum berpisah ini ada beberapa gambar FC Barcelona
 
 
 
 
 
 
Bagi peminat FC Barcelona, salam viva barcelona !






No comments:

Post a Comment