Friday 28 June 2013

ISLAMIK - ISYRAK&MIKRAJ

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini ? semoga sihat. Seperti sedia maklum bahawa beberapa minggu lepas kita baru sahaja menyambut Isyrak & Mikraj. Tapi ramai yang tak tahu apa itu sebenarnya Isyrak & Mikraj cuma tahu cuti sahaja. Begini ceritanya, Isyrak & Mikraj disambut pada hari 12 rejab setiap tahun. Peristiwa ini ialah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Baitulmaqdis dan kemudian pulang semula ke Makkah dengan hanya mengambil masa 3/4 malam. Bila tiba di Baitulmaqdis, hati baginda dicuci bagi menghapuskan segala kekotoran. Kemudian baginda diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Semasa perjalanan untuk bertemu dengan Allah S.W.T beberapa peristiwa telah berlaku dimana baginda bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku tetapi sayangnya saya cuma tak pandai nak menghuraikan satu persatu. Jadi sebagai umat islam kita hendaklah percaya dengan peristiwa ini. Peristiwa ini juga tercatat didalam al-quran. Peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Insyaallah sempena bulan ramadhan yang hampir tiba, minggu depan kita bercerita pasal rukun islam dan iman. Sebelum mengundur diri, bagi sesiapa yang tak pernah melihat gambar masjidil haram dan masjidil aqsa ini beberapa gambar
 
 
 
Assalamualaikum semua. Insyaallah kita berjumpa lagi dan semoga kita dipanjangkan umur untuk membuat kebaikan amin



No comments:

Post a Comment