Monday 30 September 2013

SUPERHERO - CAPTAIN MARVEL

Hi semua. Hari aku nak cerita mengenai superhero budak kecil sahaja. Ya superhero ini cuma seorang budak sahaja. Budak ini dianugerahkan kebolehan dan kuasa orang seorang orang tua. Dia cuma perlu menyebut satu perkataan dan dia menjadi gagah, pantas, boleh terbang dan banyak lagi. Budak kecil semestinya berminat dengan karakter ini kerana kebanyakkan superhero ialah orang dewasa tetapi beliau cuma kanak-kanak. Okay ini ada beberapa gambar
 

 
 
 
Sekarang superhero ini dikenali dengan nama baru Shazam !




Sunday 29 September 2013

BEBAS - AMAZON

Hi semua. Hari ini aku nak cerita sedikit mengenai laman web yang aku suka beli secara online. Dulu memang aku agak meragui dan tak suka beli barang melalui internet. Pada suatu hari, seorang rakan aku sangat mempromosi laman web Amazon untuk membeli barang secara online. Aku cuba dan dapati bahawa membeli secara online dapat menjimatkan masa dan tenaga. Servis Amazon ini sangat bagus kerana selalunya awal sampai dari tarikh yang ditetapkan dan barang pun semua berkualiti. Okay ini ada beberapa gambar
 
 
 \
 
Beli barang secara online memang memudahkan





Saturday 28 September 2013

BOLASEPAK - RSC ANDERLECHT

Hi semua. Pada hari ini aku nak cerita sedikit mengenai kelab bolasepak yang berpusat di negara Belgium iaitu RSC Anderlecht. Bila bercerita mengenai negara Belgium dalam bolasepak ramai yang skeptikal mengenainya namun negara ini sejak kebelakangan ini telah melahirkan ramai bintang berbakat besar dan mempunyai perkembangan bolasepak yang begitu hebat. RSC Anderlecht merupakan gergasi bolasepak di Belgium dan merupakan juara terbanyak dalam negara tersebut. Baiklah ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
Pasukan ini terkenal dengan warna ungu dan putih




Friday 27 September 2013

ISLAMIK - WUDHU

Assalamualaikum semua. Baiklah hari ini mari kita bicara serba ringkas mengenai wudhu. Sebelum menunaikan solat kita perlulah berwudhu. Antara hikmahnya ialah bagi memastikan diri kita bersih serta suci apabila kita menghadap Allah S.W.T ketika solat. Sebagai umat islam kita perlu tahu bagaimana berwudhu. Wudhu dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan meratakan air kedua belah kaki serta perlu dilakukan secara tertib. Baiklah ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
Insyaallah semoga kita bertemu lagi minggu hadapan





Thursday 26 September 2013

KERETA - CHRYSLER CROSSFIRE

Hi semua. Hari ini aku nak cerita mengenai kereta Chrysler Crossfire. Setakat ini aku tak pernah tengok kereta ini ada dekat Malaysia. Aku lihat keretaa ini di suatu program televisyen dan aku terus meminati kereta ini. Rekabentuk yang sangat menarik dan bergaya. Aku berharap sangat suatu hari nanti dapat lihat kereta ini didepan mata. Okay ini ada beberapa gambar
 
 
 
Okay jumpa lagi di lain hari



Wednesday 25 September 2013

NEGARA - NEW ZEALAND

Hi semua. Hari ini aku nak cerita sedikit mengenai negara New Zealand. Negara ini terletak di hujung petang dunia iaitu di benua oceania. Negara ini merupakan negara kepulauan. Negara ini mempunyai landskap pemandangan yang begitu menarik. Aku kalau diberi peluang ingin melawat negara ini. Ibu negara New Zealand tidak silap aku ialah Auckland. Okay ini ada beberapa gambar
 
  
 
Okay semua, bye



Tuesday 24 September 2013

MUZIK - SIMPLE PLAN

Hi semua. Hari ini aku nak cerita sedikit mengenai band Simple Plan. Aku suka dan layan band Simple Plan ini sebab kebanyakkan lagu yang dihasilkan berkaitan dengan kehidupan aku sebagai seorang remaja. Lagu pertama yang aku dengar dari band ini ialah lagu Perfect dan aku terus meminati dan jatuh cinta dengan band ini. Antara lagu hits kumpulan ini ialah welcome to my life, shut up, you're love is a lie dan banyak lagi. Bagi yang tidak tahu band ini mungkin anda perlu layan band ini. Ini ada beberapa gambar
 
 
 
Hidup biar simple, Ok bye



Monday 23 September 2013

SUPERHERO - ZATANNA

Hi semua. Seperti yang dijanjikan hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai superhero yang mempunyai kebolehan yang unik iaitu Zatanna. Beliau merupakan seorang gadis yang mahir melakukan silap mata. Karakter beliau yang unik iaitu merupakan ahli silap mata namun ingin menjadi hero itu membuatkan aku tertarik dengan keperibadiannya. Helah yang sering dilakukan beliau sememangnya gempak. Baiklah pada minggu depan aku nak bercerita mengenai superhero yang amat mahir menggunakan anak panah. Ini ada beberapa gambar
 
 

 
Okay semua. Jumpa lagi di lain hari



Sunday 22 September 2013

BEBAS - KUCING

Hi semua. Hari ini aku nak bicara sedikit mengenai haiwan yang digelar kucing. Ya bila kita sebut mengenai haiwan ini tidak dinafikan bahawa haiwan ini sangat comel. Keluarga aku ada membela seekor kucing. Setiap hari kami sekeluarga akan memberi kucing ini makan. Ramai sebenarnya di Malaysia bercadang ingin membela kucing namun tidak tahu dan ragu-ragu tentang membela kucing. Aku memang betul-betul memberitahu semua bahawa membela kucing sebenarnya pada awal memang susah tetapi lama kelamaan benda ini akan menjadi senang. Aku menggalakkan kepada sesiapa yang berminat jangan ragu-ragu lagi. Aku tahu setengah orang ada alahan dengan kucing, jadi anda tak digalakkan membela kucing. Kos untuk membela seekor kucing ialah makanan kucing, sediakan tempat dia tidur dan kalau mampu beli pasir tempat kucing membuang air besar. Okay ini ada beberapa gambar kucing
 
 
 
 
Kucing memang comel kan. Bye




Saturday 21 September 2013

BOLASEPAK - SYDNEY FC

Hi semua. Pada hari ini aku nak bercerita mengenai kelab bolasepak yang berpangkalan di Australia iaitu Sydney FC. Seperti semua sedia maklum negara Australia tidak begitu terkenal dalam bolasepak sehinggalah pada kebelakangan ini Australia telah berjaya meningkatkan mutu bolasepak mereka dan dilabel sebagai sama taraf dengan negara eropah yang lain. Pada dasarnya aku baru sahaja mengenali kelab bolasepak Sydney FC apabila aku melihat mereka di youtube beraksi dalam satu perlawanan. Aku amat kagum dengan corak permainan mereka. Dengar cerita pasukan ini antara kuat juga di Australia. Baiklah ini ada beberapa gambar
 
 
 
Okay semua, ciao




Friday 20 September 2013

ISLAMIK - MEDIA PENYEBARAN DAKWAH

Assalamualaikum. Baiklah pada hari ini mari kita berbicara sedikit mengenai sumber media penyebaran dakwah. Di alaf moden ini, terdapat pelbagai sumber media untuk menyebarkan dakwah islamiah sebagai contoh melalui surat khabar, blog, media sosial, televisyen, radio dan banyak lagi. Sebagai umat islam di zaman moden ini kita perlu memanfaatkan kegunaan teknologi bagi menunjukkan bahawa umat islam tidak ketinggalan dalam bidang duniawi sambil menyebarkan dan memupuk semangat cintakan akhirat di kalangan umat islam yang lain. Sebelum berakhir bicara, ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
 
  
Mari kita bersama menyebarkan dakwah islamiah







Thursday 19 September 2013

KERETA - FIAT 500

Okay semua. Hi, hari ini aku nak cerita sedikit mengenai kereta yang diberi nama Fiat 500. Kereta ini bersaiz kecil sahaja. Siapa yang meminati kereta bersaiz kecil dan comel semestinya akan menyukai kereta ini. Kereta ini tidaklah begitu popular di Malaysia namun ini membuatkan kereta ini amat unik bagi aku. Aku mengaku aku kurang sedikit menggemari kereta bersaiz kecil namun kalau rekabentuk kereta itu menarik mungkin aku akan tertarik dengan kereta itu. Okay ini ada beberapa gambar



 
Okay semua. Ciao