Monday 9 September 2013

SUPERHERO - AQUAMAN

Hi semua. Hari ini, aku nak bercerita pasal superhero yang diberi gelaran raja laut. Nama superhero ini ialah Aquaman. Ramai yang mempersendakan dan ketawa apabila mendengar nama superhero ini. Bagi kebanyakkan orang Aquaman tidak berguna dan superhero paling bodoh. Aku sebenarnya tergerak hati untuk membetulkan persepsi ini. Aquaman tidak seteruk seperti ramai sangka malahan kebolehan Aquaman cukup hebat sekali. Dia dapat mengawal kehidupan di lautan contohnya ikan jerung, ikan paus dan sotong kurita dan menyerang makhluk di daratan. Dia juga memiliki kekuatan yang kuat serta tubuh badannya sukar ditembusi oleh peluru. Aquaman dapat menyeru semua kehidupan di laut untuk menyerang manusia di daratan. Dahulu aku memandang rendah Aquaman, namun setelah aku membaca kisah beliau di komik serta melihat aksi beliau di televisyen aku rasa kagum. Okay sampai disini sahaja bicara kita. Minggu depan aku nak bercerita pasal superhero yang memiliki kelebihan boleh membesar dan mengecil. Ini ada beberapa gambar




 
Aquaman bukannya lemah dan teruk. Dia hebat

No comments:

Post a Comment