Sunday 8 September 2013

BEBAS - UNDER 18

Hi semua. Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai antara buku koleksi komik tempatan yang aku paling suka sepanjang zaman. Aku merupakan pembaca buku komik yang tegar. Pada masa lapang aku suka memenuhi masa dengan membaca buku komik. Aku tidak memilih genre apabila membaca buku komik. Aku baca semua genre komik antaranya fantasi, aksi, superhero, pengembaraan. sains fiksyen, komedi, cinta, seram, kisah peribadi, sejarah, patriotik dan pelbagai lagi. Kebanyakkan buku komik yang aku baca berasal dari negara Amerika Syarikat, Jepun dan negara kita sendiri Malaysia. Buku komik tempatan yang aku cerita pada hari ini ialah Under 18. Buku komik ini ialah hasil karya anak tempatan iaitu Zint dan diterbitkan oleh Gempak Starz. Antara hasil buku komik Under 18 yang aku baca ialah Under 18, Under 18 Diari Sivik Yosi, Under Age, Under 18 No Fear, Under 18 Fear No More, Under 18 Fearless, Under 18 End of Fear dan Under 18 Elite. Kisah dalam komik ini memang berkait rapat dengan aku kerana kisah komik ini mengenai kisah hidup di zaman persekolahan dan remaja. Jalan cerita dalam komik ini aku boleh kaitkan dengan hidup aku. Walaupun zaman persekolahan sudah berakhir namun kenangan zaman sekolah memang aku ingat lagi. Okay ini ada beberapa gambar

 

   



 
 
Majulah Industri Komik Tempatan Untuk Negara !



No comments:

Post a Comment