Friday 6 September 2013

ISLAMIK - NIKAH

Assalamualaikum semua. Baiklah pada hari ini, ingin aku berbicara mengenai pernikahan ataupun perkahwinan. Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Antara hikmah perkahwinan menurut agama islam ialah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman , memelihara kesucian diri, menjaga keturunan, dapat mengeratkan silaturrahim, mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab serta banyak lagi. Hukum hukum perkahwinan menurut islam mengikut situasi dan keadaan. Rukun nikah ialah bakal suami, bakal isteri, wali, dua orang saksi serta ijab dan qabul. Bakal suami wajib memberikan mahar atau disebut sebagai mas kahwin kepada bakal isteri. Sampai disini sahaja bicara kita. Ini ada beberapa gambar 
 
 
 
 
Assalamualaikum dan Insyaallah kita jumpa lagi




No comments:

Post a Comment