Sunday 4 August 2013

BEBAS - FIRST AMONG EQUALS

Hi semua. Seperti yang dijanjikan hari ini aku nak cerita pasal sebuah novel yang aku suka membacanya dan aku mempromosikan kepada semua agar baca novel ini. Tajuk novel ini ialah First Among Equals. Ya memang novel ini ialah novel berbahasa inggeris. Mungkin anda tidak meminati novel berbahasa inggeris tetapi sekali sekala aku sarankan supaya cuba sesuatu yang baru. Okay sipnosis kisah novel ini ialah kisah 6 orang ahli politik yang bercita-cita besar ingin menjadi perdana menteri di United Kingdom dan konflik yang harus mereka tempuhi. Novel ini ditulis oleh penulis yang berasal dari Britain iaitu Jeffrey Archer. Bagi peminat novel inggeris yang mengisahkan mengenai sejarah, politik, britain ataupun kisah benar yang menarik anda perlu dapatkan novel in. Kalau nak tahu siapa yang dapat jadi perdana menteri kena baca novel ini dan kesudahan novel ini memang menarik dan mengejutkan. Okay sampai disini sahaja bicara kita. Minggu depan aku nak cerita pasal tokoh sukan di malaysia yang aku respek dan puja. Ini ada beberapa gambar
 
 
  
 
 
Jeffrey Archer memang hebat kerana banyak karya bukunya laris dan diminati





No comments:

Post a Comment