Sunday 11 August 2013

BEBAS- LEE CHONG WEI

Hi semua. Aku hari ini nak borak mengenai tokoh sukan yang aku minati pada ketika ini iaitu Lee Chong Wei. Anda bukan rakyat malaysia kalau tak kenal beliau. Lee Chong Wei merupakan atlit badminton Malaysia dan merupakan pemain badminton nombor satu dunia. Skill, kehebatan dan sikap tidak mudah mengaku kalah beliau di gelanggang badminton memang sangat memukau. Setiap kali aku melihat dia beraksi, aku sangat teruja dengan cara dan corak permainannya. Lee Chong Wei ini berasal dari Pulau Pinang. Dikhabarkan dulu beliau tidak meminati badminton namun lama kelamaan beliau meminati badminton dan menceburi sukan badminton. Ya antara sukan kegemaran aku salah satunya ialah badminton. Ketika aku sedang bermain badminton, aku selalu bayangkan yang aku ini Lee Chong Wei. Baiklah itu sahaja borak kita pada hari ini. Minggu depan aku nak bercerita pasal rancangan tv kegemaran aku ketika ini. Okay ini ada beberapa gambar
 
 

 
 
Hari ini jangan lupa, Lee Chong Wei vs Lin Dan !




No comments:

Post a Comment