Negaraku Malaysia
Friday, 30 August 2013
ISLAMIK - ADAB BERNEGARA
Assalamualaikum semua. Hari ini sempena minggu Malaysia aku nak cerita pasal adab bernegara. Apa yang kita perlu ada kalau bercerita pasal adab bernegara. Pertama sekali kita perlu ada semangat cinta akan negara. Kedua, kita perlu memelihara keamanan negara. Seterusnya, kita perlulah berbakti kepada negara kita yang tercinta. Selain itu, kita perlu bekerjasama membangunkan dan memajukan negara. Di samping itu, kita perlu meningkatkan nama negara di mata dunia. Tambahan pula, kita perlu memastikan negara kita selamat dan tidak dicerobohi oleh musuh. Sampai disitu sahaja. Insyaallah minggu depan kita borak pasal topik baru. Dibawah ada beberapa gambar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment