Tuesday 13 August 2013

MUZIK-NIRVANA

Hi semua. Pada hari ini aku nak bercerita pasal band lagenda grunge yang aku sangat respek dan minati iaitu Nirvana. Band ini ditubuhkan pada 1987 di Washington Amerika Syarikat. Band ini telah merevolusikan muzik grunge dan telah menghasilkan banyak lagu yang sangat berkualiti dan sangat sedap untuk didengar. Antara lagu hits band ini ialah in bloom, come as you are, lithium, the man who sold the world dan banyak lagi. Lagu kegemaran aku yang dihasilkan oleh band ini ialah smells like teen spirit. Lagu ini ternyata unik dan bagi sesiapa yang tak pernah dengar lagu ini aku cadangkan sila cari lagu ini dan dengar. Walaupun band ini mempunyai populariti yang sangat hebat tetapi hayat tempoh band ini tidak panjang apabila seorang anggota kumpulan ini mati dan mereka terpaksa membubarkan band ini. Berita kematian seorang ahli band ini telah mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang mengikuti bidang muzik. Band ini telah lama tiada namun peminatnya masih ramai dan legasi band ini memang akan sentiasa diingati. Minggu depan aku nak cerita pasal band aku baru sahaja meminati muzik mereka dan aku rasa mereka memang cool. Okay ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
 
Bila aku cakap pasal Nirvana, lagu smells like teen spirit pasti berkemundang difikiran aku





No comments:

Post a Comment