Wednesday, 31 July 2013

NEGARA - AFRIKA SELATAN

Hi semua. Baiklah topik kita hari ini ialah negara dan pada hari ini aku nak bincang pasal negara Afrika Selatan.  Nama negara ini Afrika Selatan kerana terletakdi bahagian selatan sekali di benua afrika. Afrika Selatan ialah sebuah negara pelbagai kaum dan budaya. Afrika Selatan merupakan negara ekonomi terbesar di benua Afrika. Ibu negara Afrika Selatan dikenali sebagai Cape Town. Matawang rasmi negara ini ialah Rand. Negara ini diketuai oleh seorang presiden. Negara Afrika Selatan ini ternyata merupakan negara yang kiat meningkat naik dalam bidang ekonomi. Okay sampai disini sahaja bicara kita, minggu depan aku nak bercerita pasal negara yang paling besar didunia. Sebelum berpisah ini ada beberapa keping gambar
 
 
 
 
 
Okay semua sampai disini sahaja





Tuesday, 30 July 2013

MUZIK - THE BEATLES

Selamat sejahtera semua. Baiklah seperti yang dijanjikan aku nak bercerita pasal band lagenda yang menjadi kegilaan sehingga sekarang iaitu The Beatles. Band rock ini berasal dari Liverpool, England. Band ini menjadi lagenda dan menjadi band rock paling berpengaruh pada abad ke 20. Band ini sangat kreatif dalam menghasilkan muzik yang berkualiti tinggi sehingga muzik di abad ini sukar menandingi.  Band ini pada mulanya hanya bermain muzik di kelab. The Beatles telah memenangi banyak anugerah muzik yang berprestij tinggi. Antara lagu yang menjadi hits band ini ialah hey jude, i want to hold your hand dan banyak lagi. Apa yang pasti sehingga hari ini band ini terus menjadi budaya pop dan ikon muzik. Okay sampai disini sahaja bicara kita. Minggu depan aku nak cerita pasal satu band dari kanada yang aku minat. Sebelum berpisah ini ada beberapa keping gambar 
 
 
 
 
 
The Beatles telah menghasilkan fenomena iaitu Beatlemania !





Monday, 29 July 2013

SUPERHERO - IRON MAN

Hi semua. Okay hari ini aku nak cerita sikit superhero yang namanya ialah Iron Man. Ya dengar nama dia sahaja kita dah boleh bayang macam mana rupa superhero ini. Baiklah Iron Man ialah superhero yang memakai perisai sut besi yang dilengkapi dengan pelbagai senejata moden dan canggih. Warna perisai Iron Man terdiri dari pelbagai bentuk dari kecil hingga ke besar dan pelbagai jenis warna. Pereka perisai Iron Man ini sememangnya genius dan mempunyai kekayaan yang sangat banyak. Karakter Iron Man memang sangat cool dan versatil. Bagi diri aku apa yang menarik mengenai Iron Man sudah semestinya senjata canggih yang dimiliki. Kisah Iron Man tidaklah begitu popular sebenarnya tetapi baru-baru ini sahaja superhero ini mendapat tumpuan ramai pihak. Okay sampai disini sahaja kisah kita. Minggu depan aku nak cerita pasal superhero yang paling pantas dan laju didunia. Sebelum berpisah ini ada beberapa keping gambar
 
 

 
 
 
Iron Man a.k.a Orang Besi ! :)




Sunday, 28 July 2013

BEBAS - A&W

Hi semua. Okay seperti yang dijanjikan hari ini aku nak cerita sikit pasal restoran segera yang aku selalu ajak family aku pergi iaitu restoran A&W. Sebelum itu mari kita bercerita mengenai kisah  restoran A&W ini. Restoran makanan segera ini telah ditubuhkan pada tahun 1919 di California, Amerika Syarikat. Semenjak itu ia berkembang luas ke seluruh dunia. Walaupun jenama A&W pada zaman sekarang tidaklah segah jenama restoran makanan segera yang lain tetapi ia masih lagi mempunyai ramai pelanggan setia serta makanan yang bermutu tinggi. Apa yang menarik bagi aku tentang restoran makanan segera ini ialah makanan dan minuman yang cukup unik seperti nachos, waffle, root beer float, curly fries, corn dog dan macam-macam lagi. Nama A&W juga cukup unik bagi aku kerana namanya unik dan ringkas serta maskot yang digunakan iaitu teddy bear memang menarik perhatian ramai kanak-kanak kecil. Sudah semestinya aku menyarankan dan mensyorkan orang ramai datang ke restoran ini. Baiklah minggu depan aku nak bercerita pasal buku novel yang aku baru sahaja baca. Sebelum itu ini ada beberapa gambar
 
 

 
 
Air root beer A&W memang terbaik




Saturday, 27 July 2013

BOLASEPAK - SAO PAULO FC

Hi semua. Bertemu kita lagi. Hari ini tajuk kita ialah bolasepak. Justeru, pada hari ini aku nak bercerita tentang kelab bola sepak yang berada di Brazil iaitu Sao Paulo FC. Baiklah, kelab ini ialah kelab bolasepak paling berjaya di Brazil. Kelab ini juga merupakan kelab ketiga paling berjaya di benua amerika selatan. Sao Paulo FC diasaskan serta ditubuhkan pada tahun 1935. Kelab ini telah berjaya memenangi piala dan kejohanan di brazil mahupun di peringkat antarabangsa. Nama gelaran kelab ini ialah Faith Club. Kelab ini telah berjaya melahirkan bintang-bintang bolasepak berbakat besar. Apa yang aku gemari tentang kelab ini ialah corak permainan bermutu yang dipamerkan kelab ini serta mereka mampu menumbangkan gergasi bolasepak di benua eropah. Okay, minggu depan kita akan bercerita tentang kelab bolasepak di Perancis. Sebelum berpisah, ini ada beberapa keping gambar
 
 

 
 
Sao Paulo FC terkenal dengan warna hitam, merah dan putih



Friday, 26 July 2013

ISLAMIK - NUZUL QURAN

Assalamualaikum semua. Bersempena dengan 17 ramadhan pada hari ini, mari kita mengupas sikit pasal Nuzul Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Baiklah sampai disini sahaja bicara kita. Insyaallah minggu depan kita akan berbincang pula mengenai malam lailatul qadar. Sebelum berpisah ini ada gambar ayat pertama al-quran yang dturunkan Allah S.W.T 
 
Di bulan yang mulia ini, saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti tilawah al-quran


Thursday, 25 July 2013

KERETA - BMW 5 SERIES

Hi semua. Apa khabar ? Okay hari ini kita akan bercerita pasal kereta BMW 5 Series. Seperti yang kita sedia maklum bahawa BMW adalah antara pengeluar kereta mewah terkemuka di dunia. BMW biasanya mengeluarkan kereta berdasarkan apa yang diberi nama series. Hari ini kita nak bercerita pasal BMW 5 Series. Ya, aku tahu dalam BMW 5 series ini ada beberapa buah kereta. Tetapi hari ini aku nak bercerita secara umum sahaja. BMW 5 Series. Sebenarnya aku tidak berapa menyukai kereta dari pengeluar BMW tetapi baru-baru ini aku ternampak di jalan raya sebuah kereta BMW 5 Series. Apa yang boleh aku katakan bahawa kereta itu cukup menarik, menyerlah dan bergaya sekali. Aku nak cakap banyak sangat pun tak boleh sebenarnya sebab aku bukan peminat tegar kereta ini dan info yang aku dapat hanya sedikit sahaja. Okay minggu depan kita akan bercerita pasal kereta dari pengeluar kereta Ford. Ini ada beberapa keping gambar
 
 
 
 
BMW sangat terkenal dengan Auto Bavaria




Wednesday, 24 July 2013

NEGARA - AUSTRALIA

Hi semua. Pada hari ini aku nak bercerita pasal sebuah negara yang bernama Australia. Negara ini ialah sebuah negara kepulauan yang terbesar sekali. Australia juga merupakan negara keenam yang terbesar dari segi keluasan didunia. Negara ini sangat terkenal dengan pemandangan yang cukup indah. Australia adalah antara salah satu negara yang terkaya didunia dan menduduki ranking ke-12 ekonomi terbesar dunia. Ibu negara Australia ialah Canberra. Sistem pentadbiran politik di Australia ialah demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Matawang yang diguna pakai di Australia ialah australian dollar. Baiklah itu serba sedikit maklumat mengenai Australia. Minggu depan kita akan bercerita pulak mengenai negara yang terkenal di benua afrika. Sebelum itu, ini ada beberapa gambar sedikit
 
 
 
 
 

Antara salah satu info menarik tentang Australia ialah ia merupakan antara negara paling ramai imigran




Tuesday, 23 July 2013

MUZIK - PARAMORE

Hi semua. Hari ini diharapkan anda semua ceria dan sihat sejahtera. Okay pada hari ini mari kita bercerita pasal band yang mempunyai vokalis wanita yang terkenal dan paling aku minati iaitu Paramore. Band ini telah menjadi fenomena yang sangat dahsyat sekali terutamatanya dikalangan remaja. Bagi aku apa yang sangat menarik tentang paramore ialah suara vokalis si gadis dalam band ini yang sangat padu dan bertenaga serta muzik yang dimainkan oleh band ini sangat rancak. Nama band ini iaitu paramore berasal dari perkataan paramour yang bererti cinta. Antara lagu yang hits bagi band ini ialah playing god, the only exception dan decode. Antara lagu kegemaran aku pasal band ini ialah thats what you get. Okay sampai disini sahaja bicara kita. Minggu depan kita akan bercerita pasal band lagenda yang menjadi kegilaan. Kalau nak tahu kena tunggu minggu depan. Disini terdapat beberapa gambar
 
 


 
Harap semua terhibur :)



Monday, 22 July 2013

SUPERHERO - WONDER WOMAN

Hi semua. Okay hari ini kita nak bercerita pasal superhero wanita yang paling ikonik sekali iaitu Wonder Woman. Baiklah, Wonder Woman bukan sahaja jelita malahan dia ialah perempuan kuat dan sangat berani. Dialah adalah pahlawan sejati. Wonder Woman dianggap sebagai salah satu simbol kekuatan wanita dan merupakan superhero wanita yang paling hebat sepanjang zaman. Beliau merupakan anak dewa mitos greek. Wonder Woman mempunyai pelbagai panggilan yang sering dikaitkan dengan dirinya antaranya ialah princess of amazon, the warrior dan sebagainya. Wonder Woman bukan sahaja diminati oleh wanita malahan beliau juga mempunyai ramai peminat tegar lelaki. Antara kelebihan Wonder Woman ialah kekuatan yang hebat dan kelebihan mengelak segala serangan. Wonder Woman ternyata merupakan antara superhero yang menarik bagi aku kerana walaupun beliau merupakan seorang wanita tetapi kisah hidupnya amat boleh dikaitkan dengan diri aku. Okay sampai disini sahaja kisah kita pada hari ini. Minggu depan kita akan bercerita pasal superhero yang digelar orang besi. Sebelum berpisah ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
 
Wonder Woman memang gempak. Respek





Sunday, 21 July 2013

BEBAS - DRAGONBALL Z

Hi semua. Macam mana hari anda hari ini. Harapnya semua sihat sejahtera. Okay seperti biasa hari ini tajuk kita bebas. Jadi hari ini aku nak cerita pasal anime yang paling aku gemari. Okay nama anime ini ialah Dragonball Z. Kepada peminat anime, kalau tak tahu langsung pasal anime ini maka anda tak layak digelar peminat anime sejati. Aku tengok anime ini sejak aku empat tahun dan Dragonball Z adalah anime terbaik dan paling hebat sekali. Jalan cerita dan karakter dalam anime ini memang gempak dan menghiburkan. Walaupun siri anime ini sudah lama berakhir. aku masih meminati anime ini dan bila aku bosan aku akan tengok balik anime ini. Antara karakter kegemaran aku dalam anime ini ialah goku, vegeta, gohan, trunks dann piccolo. Anime ini mencetuskan fenomena diseluruh dunia dan dianggap sebagai salah satu anime terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman. Secara keseluruhannya anime ini merupakan anime yang sangat menarik dan idea penceritaan dalam anime ini sangat unik. Dragonball Z adalah anime yang paling aku suka dari kecil sehingga sekarang. Okay minggu depan kita akan bercerita pasal restoran makanan segera yang aku selalu pergi. Baiklah ini gambar yang sempat diambil dari internet

 

 
 
 
 
 
bagi peminat Dragonball Z, pasti ingat pasal kamehameha !!