Friday 26 July 2013

ISLAMIK - NUZUL QURAN

Assalamualaikum semua. Bersempena dengan 17 ramadhan pada hari ini, mari kita mengupas sikit pasal Nuzul Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Baiklah sampai disini sahaja bicara kita. Insyaallah minggu depan kita akan berbincang pula mengenai malam lailatul qadar. Sebelum berpisah ini ada gambar ayat pertama al-quran yang dturunkan Allah S.W.T 
 
Di bulan yang mulia ini, saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti tilawah al-quran


No comments:

Post a Comment