Friday 12 July 2013

ISLAMIK - IBADAH PUASA

Assalamualaikum semua. Macam hari anda hari ini ? Anda semua puasa tak hari ini ? Kalau puasa itu alhamdulillah. Okay seperti yang kita tahu kita sekarang di bulan ramadhan iaitu bulan kita diwajibkan berpuasa. Apakah itu puasa ? Puasa bermaksud dari istilah syarak ialah menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar shadiq sehinga terbenam matahari. Umat islam diwajibkan berpuasa seperti firman Allah S.W.T dalam sural al-baqarah ayat 183. Orang yang diwajibkan berpuasa ialah orang yang berakal, sudah baligh, dan tidak uzur. Antara perkara yang membatalkan puasa ialah makan dan minum dengan sengaja, bersetubuh, muntah dengan sengaja, mengeluarkan mani dengan sengaja, keluar haid atau nifas, hilang akal, pengsan sepangjang hari, merokok serta menghisap dadah pada siang hari dan akhir sekali murtad. Sampai disini sahaja kita berbicara mengenai ibadah puasa. Insyaallah minggu depan kita akan bercerita pula pasal solat sunat tarawih. Sebelum itu ini ada beberapa gambar untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan
 
 
 
 
 
Alhamdulillah bulan ramadhan tiba lagi. Syukur Ya Allah





No comments:

Post a Comment