Monday 22 July 2013

SUPERHERO - WONDER WOMAN

Hi semua. Okay hari ini kita nak bercerita pasal superhero wanita yang paling ikonik sekali iaitu Wonder Woman. Baiklah, Wonder Woman bukan sahaja jelita malahan dia ialah perempuan kuat dan sangat berani. Dialah adalah pahlawan sejati. Wonder Woman dianggap sebagai salah satu simbol kekuatan wanita dan merupakan superhero wanita yang paling hebat sepanjang zaman. Beliau merupakan anak dewa mitos greek. Wonder Woman mempunyai pelbagai panggilan yang sering dikaitkan dengan dirinya antaranya ialah princess of amazon, the warrior dan sebagainya. Wonder Woman bukan sahaja diminati oleh wanita malahan beliau juga mempunyai ramai peminat tegar lelaki. Antara kelebihan Wonder Woman ialah kekuatan yang hebat dan kelebihan mengelak segala serangan. Wonder Woman ternyata merupakan antara superhero yang menarik bagi aku kerana walaupun beliau merupakan seorang wanita tetapi kisah hidupnya amat boleh dikaitkan dengan diri aku. Okay sampai disini sahaja kisah kita pada hari ini. Minggu depan kita akan bercerita pasal superhero yang digelar orang besi. Sebelum berpisah ini ada beberapa gambar
 
 
 
 
 
Wonder Woman memang gempak. Respek





No comments:

Post a Comment