Friday 5 July 2013

ISLAMIK - RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

Assalamualaikum. Apa khabar ? Harap semua sihat sejahtera. Okay semua hari ini kita mahu membincangkan mengenai rukun islam dan rukun iman. Rukun islam ada lima perkara manakala rukun iman mempunyai enam perkara. Baiklah kita ulas satu persatu mengenai rukun islam kemudian rukun iman. Rukun islam ialah mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan ramadhan, mengeluarkan zakat jika berkemampuan dan menunaikan haji pada bulan haji jika mampu. Apa itu mengucap dua kalimah syahadah. Dua Kalimah Syahadah ialah Kalimah yang kita berikrar dan bersumpah iaitu tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Solat lima waktu iaitu waktu solat ialah subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Kita sebagai umat islam kena berpuasa sebulan penuh pada bulan ramadhan. Mengeluarkan zakat jika berkemampuan dari segi harta dan wang. Menunaikan haji jika mampu bermaksud mampu dari segi fizikal, rohani dan kewangan. Seterusnya ialah rukun imam iaitu percaya kepada Allah S.W.T, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada rasul. percaya kepada hari kiamat dan akhir sekali percaya kepada qadak dan qadar. Jadi topik kita berakhir. Minggu depan sempena bulan raamadhan kita bercerita mengenai puasa di bulan ramadhan. Ini ada beberapa gambar peringatan mengenai rukun islam dan rukun iman. Assalamualaikum
 

 
Ingat rukun islam ada lima perkara dan rukun iman ada enam perkara


No comments:

Post a Comment