Tuesday 9 July 2013

MUZIK - METALLICA

Hi semua. Alhamdulillah kita bertemu lagi di ruang siber ini. Baiklah seperti yang dijanjikan hari ini kita akan bercerita pasal lagenda band metal iaitu Metallica. Band ini ditubuhkan pada tahun 1981 di Los Angeles. Band ini dianggotai oleh empat orang. Muzik yang dimainkan sangat menarik dan rancak menyebabkan ramai orang tertarik dan meminati band ini. Nama yang unik juga menyebabkan band ini akan selalu diingati. Aku pada mula tidak meminati muzik metal tetapi setelah diperkenalkan oleh kawan aku mengenai band ini dan lagunya aku terus jatuh hati terhadap muzik metal. Ternyata Metallica ialah penyebab utama aku meminati muzik metal dan kalau tidak band ini aku mungkin tak layan muzik metal sehingga sekarang. Baiklah antara lagu hits band ini ialah enter sandman, nothing else matters, fuel, one dan banyak lagi. Bagi aku lagu favourite band Metallica ialah master of puppets. Metallica akan terus dianggap sebagai band paling berpengaruh dalam muzik metal selama-lamanya. Baiklah minggu depan kita akan bercerita pasal band yang terkenal dengan warna hitam dan putih serta dikhabarkan yang baru sahaja dikhabarkan telah berpecah. Seperti biasa ini beberapa gambar yang sempat diambil di internet
 

 
 
 
 
 
Band ini masih relevan sehingga sekarang





No comments:

Post a Comment