Monday 1 July 2013

SUPERHERO - BATMAN

Helo semua. Diharap anda semua sihat sejahtera. Baiklah disebabkan minggu lepas dah janji nak cerita pasal superhero nombor 1 di dunia sekarang kan. Jadi marilah kita cerita sikit pasal dia. Nak tahu siapa, ok ini dia kisah Batman. Batman ialah Superhero kedua yang telah dicipta. Batman diperkenalkan pada tahun 1939. Batman sekarang ini menjadi fenomena oleh masyarakat sedunia dan mengikut ranking superhero, Batman mempunyai peminat yang paling ramai sekali. Bagi aku Batman ialah Superhero kedua kegemaran aku. Cara Batman dalam menyelesaikan dan mengatasi jenayah amat unik iaitu menimbulkan ketakutan bagi sesiapa yang ingin membuat jenayah. Batman ialah seorang yang amat kaya, bijak dan hebat serta pakar dalam seni mempertahankan diri. Nama nickname terkenal beliau ialah 'bats' , 'the dark knight', 'world greatest detective' dan banyak lagi. Pada zaman modern ini, peminat Batman mengatasi semua peminat superhero yang lain. Dengan imej dan perwatakan Batman yang serba gelap  menyebabkan ramai peminat suka dengannya. Walaupun tidak mempunyai kuasa yang hebat tetapi sikapnya yang tak mudah mengaku kalah dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan menyebabkan dia antara Superhero yang paling hebat. Okay semua setakat ini sahaja cerita pasal Batman. Insyaallah minggu depan kita bercerita pulak pasal Superhero yang dapat kuasa melalui sengatan labah-labah. Kalau nak tahu siapa kena tunggu minggu depan. Macam biasa ini beberapa keping gambar Batman dari zaman ke zaman
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
rasanya macam banyak sangat je gambar Batman :p













No comments:

Post a Comment