Tuesday 30 July 2013

MUZIK - THE BEATLES

Selamat sejahtera semua. Baiklah seperti yang dijanjikan aku nak bercerita pasal band lagenda yang menjadi kegilaan sehingga sekarang iaitu The Beatles. Band rock ini berasal dari Liverpool, England. Band ini menjadi lagenda dan menjadi band rock paling berpengaruh pada abad ke 20. Band ini sangat kreatif dalam menghasilkan muzik yang berkualiti tinggi sehingga muzik di abad ini sukar menandingi.  Band ini pada mulanya hanya bermain muzik di kelab. The Beatles telah memenangi banyak anugerah muzik yang berprestij tinggi. Antara lagu yang menjadi hits band ini ialah hey jude, i want to hold your hand dan banyak lagi. Apa yang pasti sehingga hari ini band ini terus menjadi budaya pop dan ikon muzik. Okay sampai disini sahaja bicara kita. Minggu depan aku nak cerita pasal satu band dari kanada yang aku minat. Sebelum berpisah ini ada beberapa keping gambar 
 
 
 
 
 
The Beatles telah menghasilkan fenomena iaitu Beatlemania !





No comments:

Post a Comment