Thursday 4 July 2013

KERETA - CHEVROLET CAMARO

Hi semua. Hari ini mari kita cerita sikit pasal kereta. Dalam dunia yang serba moden ini ramai yang menganggap bahawa kereta adalah antara salah satu benda yang ingin dimiliki. Jadi pada hari ini kita nak bercerita sikit pasal kereta Chevrolet Camaro. Eh, rasa macam kenal je kan. Yup kereta ini pernah keluar dan dipromosikan dalam sebuah filem blockbuster. Ternyata kereta ini banyak mencuri tumpuan peminat kereta. Kereta ini ada bermacam jenis warna tetapi warna paling ramai orang minati ialah warna kuning. Kereta ini juga bukan sahaja diminati oleh golongan orang muda tetapi ia juga turut diminati oleh golongan berusia. Harga kereta ini dikhabarkan ialah dalam sekitar rm340 ribu. Bila anda memandu kereta ini dijalan raya , pasti diri anda akan berasa bergaya dan elegan. Okay semua, sampai disini sahaja perbicaraan kita pasal kereta ini. Minggu depan kita borak pulak pasal kereta ferrari. Kalau nak tahu kereta apa kena tunggu minggu depan. Ini ada beberapa keping gambar yang sempat diambil dari internet
 
 
 
 
 

 
Semua orang mempunyai kereta idaman sendiri




No comments:

Post a Comment