Sunday 14 July 2013

BEBAS - LEFT 4 DEAD

Hi semua. Baiklah seperti yang dijanjikan hari ini kita borak pasal video game. Video game yang kita nak bercerita pada hari ini ialah Left 4 Dead. Game ini mengisahkan tentang beberapa orang manusia yang terperangkap di sebuah bandar yang penuh dengan zombie dan berhasrat ingin melarikan diri daripada bandar tersebut. Apa yang menarik tentang video game ini jalan cerita yang menarik, grafik yang lawa serta pilihan senjata yang hebat dan power. Game ini juga boleh dikategorikan game seram yang terbaik pada abad ini. Pada peminat game seram sudah semestinya perlu mendapatkan game ini. Selain itu, game ini juga antara yang laris dipasaran, jadi sesiapa yang tak pernah dengar tentang game ini mesti tidak tahu perkembangan semasa. Secara jujurnya aku tak suka dengan game seram tetapi setelah kawan aku suruh main game ini ternyata ia sesuatu yang berbaloi kerana game ini memang best. Sekali lagi aku cadangkan kepada gamers sejati bahawa kalau anda tak pernah main game ini ternyata hidup anda tidak akan serba lengkap. Bagi sesiapa yang berminat dengan game tapi tak pernah dapat main game ini, apa lagi sila dapatkan segera. Okay untuk minggu depan kita akan bercerita pulak tentang anime yang paling aku suka. Kalau nak tahu kena tunggu minggu depan. Sebelum berpisah ini beberapa gambar game ini
 
 

 
 
Secara keseluruhannya, game ini aku bagi skor 8.5/10



No comments:

Post a Comment