Sunday 7 July 2013

BEBAS - DESPICABLE ME 2

Hello semua. Baiklah seperti yang dijanjikan dalam tajuk bebas hari ini kita nak bercerita sikit tentang filem. Yup Filem. Tajuk filem yang kita nak bicarakan ialah Despicable Me 2. Baiklah saya baru sahaja menonton filem. Ternyata filem ini memang berkualiti, best dan menghiburkan. Filem ini bertemakan animasi iaitu seorang bekas penjahat yang diupah menjadi penyiasat untuk menyelesaikan satu kes jenayah kecurian. Filem ini memang menarik untuk ditonton apabila bersama seisi keluarga dan juga sahabat anda. Animasinya berkualiti tinggi, penuh dengan lawak jenaka dan aksi yang gempak. Secara keseluruhannya filem ini boleh dikatakan sebagai filem animasi terbaik dalam tahun ini pada pendapat saya. Okay rating yang saya berikan untuk filem ini ialah 9/10. Insyaallah minggu depan kita akan berbicara pasal permainan video game. Kalau nak tahu pasal video game apa kena tunggu minggu hadapan. Sebelum kita bersurai ini sedikit gambar dari filem Despicable Me 2
 
 
 
 
 
  
 
 


Dalam cerita ini minions paling comel :)






No comments:

Post a Comment