Sunday 28 July 2013

BEBAS - A&W

Hi semua. Okay seperti yang dijanjikan hari ini aku nak cerita sikit pasal restoran segera yang aku selalu ajak family aku pergi iaitu restoran A&W. Sebelum itu mari kita bercerita mengenai kisah  restoran A&W ini. Restoran makanan segera ini telah ditubuhkan pada tahun 1919 di California, Amerika Syarikat. Semenjak itu ia berkembang luas ke seluruh dunia. Walaupun jenama A&W pada zaman sekarang tidaklah segah jenama restoran makanan segera yang lain tetapi ia masih lagi mempunyai ramai pelanggan setia serta makanan yang bermutu tinggi. Apa yang menarik bagi aku tentang restoran makanan segera ini ialah makanan dan minuman yang cukup unik seperti nachos, waffle, root beer float, curly fries, corn dog dan macam-macam lagi. Nama A&W juga cukup unik bagi aku kerana namanya unik dan ringkas serta maskot yang digunakan iaitu teddy bear memang menarik perhatian ramai kanak-kanak kecil. Sudah semestinya aku menyarankan dan mensyorkan orang ramai datang ke restoran ini. Baiklah minggu depan aku nak bercerita pasal buku novel yang aku baru sahaja baca. Sebelum itu ini ada beberapa gambar
 
 

 
 
Air root beer A&W memang terbaik




No comments:

Post a Comment