Friday 19 July 2013

ISLAMIK - SOLAT SUNAT TARAWIH

Assalamualaikum semua. Okay pada hari ini mari kita bincangkan mengenai solat sunat tarawih. Sunat sunat terawih dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja. Waktu solat sunat terawih ialah selepas menunaikan solat isyak. Hukumnya ialah sunat. Walaupun cuma sekadar hukumnya sunat tetapi Nabi Muhammad S.A.W menuntut umat agar mengerjakan solat sunat tarawih kerana solat sunat ini hanya dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja dan bagi mengejar pahala ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini. Solat sunat tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat ataupun sebanyak 20 rakaat. Selepas selesai solat sunat tarawih, haruslah kita menunaikan solat sunat witir bagi menutup malam ibadah kita di bulan ramadhan. Secara kesimpulannya, dikatakan bahawa sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat sunat tarawih maka dia akan malam lailatul qadar. Baiklah itu sahaja bicara kita dan insyaallah minggu depan kita akan bincang pulak pasal peristiwa nuzul quran. Sebelum berpisah ini gambar mengenai niat solat sunat tarawih
 
 
Mari kita bersama menunaikan solat sunat tarawih. Jom !


No comments:

Post a Comment